PEMBERITAHUAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Pasir Gudang...Maklumat Lanjut
PAMERAN LAPORAN KAJIAN EIA TERPERINCI ‘PROPOSED INTEGRATED STAINLESS STEELPLANT DI TANJUNG LANGSAT INDUSTRIAL ESTATE PASIR GUDANG JOHOR’ OLEH BAHRU STAINLESS SDN BHD.
Tarikh : 30 OGOS 2010 hingga 27 SEPTEMBER 2010
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : ARAS 1, MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
Tuan/puan boleh memberi komen terhadap kajian tersebut.
TAPAK BAZAR RAMADHAN SEKITAR PASIR GUDANG
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan Sekitar Pasir Gudang disini..
AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA KETIKA MENGUNJUNGI BAZAR RAMADHAN
Bulan Ramadhan menjelang tiba dan orang ramai akan mengambil kesempatan untuk membanjiri Bazar Ramadhan berdekatan. Oleh itu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk menhindari jangkitan A (H1N1), mengambil perhatian tentang keselamatan diri dan anak sendiri, dan keselamatan harta benda, seperti dompet, telefon bimbit dan sebagainya.
Selamat Berbelanja dan Berbuka Puasa.
LAKUKAN KEWAJIPAN ANDA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal. Oleh itu, setiap Musliman and Muslimin patut membayar dengan kadar RM5.00 (beras biasa atau hancur) atau RM7.50 (beras wangi atau super) sahaja di negeri Johor.
Sila ke http://www.maij.gov.my untuk membayar secara dalam talian (online) atau melihat lokasi pengutan / pembayaran Zakat.
Selamat Beribadah dan Berbuka Puasa.
MENGGUNAKAN PRICE WATCH KPDNKK UNTUK MENGETAHUI HARGA BARANG PADA MUSIM PERAYAAN YANG AKAN TIBA
Majlis Perbandaran Pasir Gudang memperingatkan supaya bijak belanja di bulan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. Sentiasa peka dengan harga barang yang boleh didapati di http://mppg.gov.my/web/guest/services/price_watch atau http://pricewatch.kpdnkk.gov.my/
Selamat Berbelanja dan Berbuka Puasa.
PEMBENTANGAN SUBSIDI RASIONALISASI OLEH DATÓ SRI IDRIS JALA
Sila klik disini untuk muat turun pembentangan tersebut dalam Bahasa Inggeris. (PDF, 1.4Mb)
AMALAN SENTIASA PERIHATIN DENGAN KEBERSIHAN DIRI BOLEH MENGELAK DIRI DARI INFLUENZA A (H1N1)
Sehubungan dengan kes – kes Influenza A (H1N1) yang sering meningkat sejak akhir-akhir ini, Majlis Perbandaran Pasir Gudang menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengamalkan kebersihan diri dan juga mengambil suntikan vaksin Influenza A (H1N1) di klinik kesihatan yang terpilih. Maklumat lanjut berkenaan Influenza A (H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang kementerian di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300.
PINDAAN TARIKH CUTI UMUM NEGERI JOHOR 2010
Jumaat, 26 Mac 2010
Dengan hormatnya dimaklumkan kepada semua adalah pengumuman tarikh pindaan Cuti Umum bagi Negeri Johor. Berikut tarikh-tarikh pindaannya...[ lagi... ]
KEMPEN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Isnin, 22 Mac 2010
Secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari, iaitu tiga kali ganda berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10 sudu teh gula sahaja. Atas kesedaran ini Majlis Daerah Kuala Pilah menyokong Kempen Kurangkan Gula oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai fakta dan cara kurangkan pengambilan gula, sila klik di SINI.
PEMBERITAHUAN
Dimaklumkan bahawa pemborong adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak / taklimat terlebih dahulu sebelum membeli dokumen sebutharga yang akan dijual Di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Arahan daripada Yang DiPertua MPPG.