MENU

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah kosong (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MPPG adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.

Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar(%)

Kadar cukai taksiran yang telah ditetapkan adalah 0.20% hingga 0.85% mengikut jenis harta seperti industri, perdagangan, perumahan, pertanian dan tanah kosong.

Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.

Bil - bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.

Tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran adalah seperti berikut Setengah Tahun Tempoh Pembayaran Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari / 29 Februari Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos

8. Dimanakah bil-bil cukai taksiran boleh dibayar?

Para pelanggan bolehlah membuat bayaran di lokasi-lokasi berikut :
1.Kaunter bayaran di Pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang
2.Bank Islam
3.Maybank2u
4.CIMB Clicks
5.Pos Online
6.Standard Chartered
7.Bank Simpanan Nasional

Untuk tempahan sila hubungi Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaiandan Pengurusan Harta di talian 07-2547777 samb. 3200 atau 3207.

Untuk tempahan sila hubungi Jabatan Kemasyarakatan di talian 07-2547777 samb. 3228 atau 3231

- Anda boleh menggunakan Sistem Aduan Online MPPG dan e-jawab pautan di laman web MPPG.
- Melalui email di mppg@johor.gov.my
- Talian 07-2547799 semasa waktu pejabat.

Aduan boleh disemak secara online dengan memasukkan nombor aduan yang diberikan kepada anda semasa membuat aduan.

13. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

Ya. Aduan boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  1. TolFree : 1 800 88 7472 (SISA)
  2. Portal AduanSisa : www.aduansisa.my
  3. Tel : 03 2245 9292

Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

  1. TolFree : 1 800 88 7472
  2. Emel : ppsppa@sisa.my
  3. Tel : 03 2245 9292
  4. Portal : www.aduansisa.my
  5. Facebook :Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Boleh di dapati dikaunter pejabat MPPG dan laman web MPPG apabila terdapat iklan jawatan kosong yang ditawarkan.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan dan boleh didapati di kaunter bersepadu MPPG

18. Berapa lamakah sesuatu lessen premis itu diluluskan?

Dalam tempoh 1 jam sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah lengkap.

19. Bagaimanakah sekiranya gagal untuk menjelaskan bayaran lesen?

Kelulusan lesen akan dibatalkan dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya perniagaan dijalankan tanpa lesen.

Boleh, tetapi setelah mendapat kelulusan bertulis dari pihak Majlis.

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
 
 
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 2, Menara Aqabah,
Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang
Johor
 
No. Telefon : 07 254 7761/7817/7816