MENU

Kelas Tambahan

KELAS TAMBAHAN YANG DIADAKAN LENGKAP DENGAN TENAGA PENGAJAR

Diadakan pada setiap hari Ahad bertempat di Balairaya kampung tersebut. Kelas dikendalikan oleh Cikgu Halim (Guru Sek Keb Pasir Gudang 1) dengan melibatkan pendidikan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Sehingga kini sambutan yang diberikan oleh anak-anak orang Asli di kampung tersebut adalah amat menggalakkan di mana lebih kurang 30 orang kanak-kanak terlibat dalam program tersebut.

Salah seorang anak orang Asli Kg Pasir Salam juga iaitu Adik Kek bin Laile kini ditempatkan di Rumah Anak Yatim  dan Kurang Bernasib Baik (Darul Hanan) dan bersekolah di Sek Men Keb Pasir Gudang 1. Usaha ini dilakukan bagi membolehkan beliau mendapat pendidikan akademik yang lebih sempurna.

KELAS TAMBAHAN YANG DISEDIAKAN LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN ASAS