MENU

Selaku Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang berperanan dalam membangunkan Pasir Gudang sebagai kawasan perindustrian dan penempatan terpenting di Selatan Semenanjung Malaysia.Majlis Perbandaran Pasir Gudang juga bertanggungjawab mempercepatkan dan mengawal pembangunan Pasir Gudang mengikut piawaian yang ditetapkan

  Matlamat Pusat Setempat 
  Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk memendekkan norma masa memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan.
  Objektif Pusat Setempat 
   
  1. Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain;
  2. Memendekkkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4)bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan ; dan
  3. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  Peranan Pusat Setempat
  Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan tanah melalui Pusat Setempat yang diperluaskan fungsinya, Pemohon tidak perlu pergi dari satu jabatan ke satu jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Secara tidak langsung ini akan memudahkan orang ramai dan mempercepatkan proses.