MENU

PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Lesen asal perniagaan
  2. 1 keping gambar terbaharu
  3. Salinan pendaftaran perniagaan  dengan SSM
  4. Salinan suntikan Ty2 & sijil pengendalian makanan (pengendali makanan)
  5. Borang kepatuhan (lndustri sahaja)
  6. Dokumen sokongan dari agensi berkaitan yang masih sah tempoh laku(salinan Permit Barangan Lusuh /Permit Hiburan/ Perakuan Pendaftaran TASKA/ suntikan TY2)
  7. Surat tawaran kilang dari kilang/sekolah (Lesen Kantin)

 

PERMOHONAN PERTUKARAN MAKLUMAT LESEN

(Tukar nama pemegang lesen/nama syarikat/jenis perniagaan atau tambah aktiviti)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Surat permohonan pertukaran nama pelesen atau syarikat
  2. Lesen asal
  3. 1 keping gambar pelesen baru ukuran pasport
  4. Salinan kad pengenalan/passport
  5. Surat kuasa yang ditandatangani pengarah (jika penama lesen bukan pengarah syarikat)
  6. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM) yang terbaru (pertukaran nama pelesen/aktiviti perniagaan)
  7. Borang 13, Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat (jika tukar nama syarikat)
  8. Borang 49,Borang 24 (jika tukar nama Pengarah)
  9. Bayaran proses tambahan rm50.00

 

PEMBATALAN LESEN

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Memajukan surat pembatalan lesen atau mengisi Borang Pembatalan Lesen(borang boleh diperolehi di Kaunter Bersepadu Majlis Perbandaran Pasir Gudang)
  2. Lesen asal perniagaan yang hendak dibatalkan.

 

PERINGATAN

Majlis Perbandaran Pasir Gudang berhak membatalkan lesen yang telah dikeluarkan, walaupun sebelum tamat tempoh sahnya sekiranya didapati perniagaan yang dijalankan melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta, Undang-undang Kecil, Perintah atau Arahan-Arahan Kerajaan yang berkaitan tidak kira pelanggaran itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.