MENU

LESEN PUSAT RAWATAN KECANTIKAN/PERKHIDMATAN SPA/PUSAT URUT/REFLEKSOLOGI

Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi

1)    Lokasi premis hendaklah berada sekurang-kurangnya 300 meter daripada kawasan sensitif iaitu rumah kediaman, rumah ibadat, sekolah, institusi pendidikan dan pejabat kerajaan. 

2)    Tidak membuat ubahsuai ke atas premis kecuali mendapat kelulusan MPPG terlebih dahulu.

3)    Reka bentuk premis perlulah berkonsep terbuka (tidak ada sekatan berbentuk kekal/konkrit) dengan sistem pencahayaan yang terang dan pengudaraan yang sempurna.  Pemasangan tirai dibenarkan.

4)    Pengusaha dan pekerja wajib menjalani ujian saringan HIV oleh Jabatan Kesihatan dan disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

5)    Pekerja yang memberi rawatan urutan hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.

6)    Pekerja hendaklah berpakaian seragam yang bersih, sopan dan memakai tag nama.

7)    Pekerja bukan warganegara  hendaklah mempunyai permit kerja yang sah dan sijil pemeriksaan kesihatan.

8)    Rekod pekerja yang mengandungi nama, no. kad pengenalan/passport, alamat  dan gambar hendaklah disediakan dan sentiasa dikemaskini.

9)    Bagi urut refleksologi hanya dibenarkan meletakkan kerusi urut sahaja.

10)    Memastikan perkakas dan alatan sentiasa dicuci dan direndam dalam ‘disinfecting solution’.

11)    TIdak dibenarkan memasak atau membawa masuk makanan di dalam premis kecuali di  ruang khas yang disediakan.

12)    Pelanggan di bawah umur 18 tahun tidak  dibenarkan masuk ke pusat  ini.
 

Sumber Rujukan : Garis Panduan Perkhidmatan SPA