MENU

27)    Sentuhan tangan kepada makanan hendaklah dielakkan dan dinasihatkan menggunakan sepit, sudu dan sebagainya.

28)    Dilarang membungkus makanan dengan kertas surat khabar atau pembungkus yang tidak bersih.

29)    Bahan makanan hendaklah dari bahan yang asli, segar, tidak rosak dan luput tarikh.Ruangan penyimpanan bahan makanan hendaklah sentiasa kering, bersih dan kemas (First In First Out).

30)    Mempunyai peredaran udara/cahaya yang baik dan tidak sesak.

31)    Bebas dari serangga, tikus dan makhluk perosak lainnya serta menjalankan         kerja-kerja kawalan.

32)    Semua bahan masak mudah rosak seperti makanan sejukbeku seperti daging, ikan, ayam dan lain-lain hendaklah disimpan dalam peti sejuk yang sesuai serta berasingan dari ruang yang membuat air batu untuk minuman sejuk.

33)    Makanan yang tidak halal hendaklah menggunakan tempat penyimpanan yang berasingan.

34)    Gunakan air paip yang bersih sahaja tiada sambungan silang, back low dan back sphonge.

35)    Jangan menggunakan air yang dibekalkan kepada tandas.

36)    Air hendaklah disimpan dalam bekas yang tidak membahayakan kesihatan. (Tong-tong atau bekas yang sudah terpakai seperti tong minyak atau bahan-bahan kimia tidak boleh digunakan sama sekali).

37)    Pembuangan air limpah dan pengalirannya hendaklah diselenggara dengan sempurna.

38)    Tong dan bekas sampah, cukup bilangan tidak tembus menggunakan beg-beg plastic hitam untuk mengumpulkan sampah dan sisa-sisa makanan.

39)    Mengadakan kawalan dan pembasmian tikus, serangga seperti lipas, lalat dan lain-lain seperti memasang perangkap, racun, semburan dan lampu ultra ungu.

40)    Semua pelesen diwajibkan memasang perangkap minyak (grease trap) untuk memerangkap minyak dan sisa makanan dan air kubahan hendaklah dialirkan ke ‘main sewer’.

41)    Penyelenggaraan perangkap minyak hendaklah dilaksanakan oleh peniaga setiap dua (2) hari sekali

42)    Kain yang digunakan untuk meja tidak boleh sama sekali digunakan untuk mengesat pinggan mangkuk dan lain-lain alatan.

43)    Tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja menyalai dan memanggang daging khinzir ditempat ditempat terbuka.

44)    Tidak dibenarkan menjalankan atau mengadakan aktiviti hiburan seperti karaoke, nyayian dan muzik.

45)    Tidak dibenarkan meletakkan kerusi dan meja diatas tempat meletak kenderaan / diatas bahu jalan tanpa mendapat kebenaran daripada MPPG terlebih dahulu.

46)    Kenyataan tanda “HALAL” hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
 

Sumber Rujukan : Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPPG) 2010