MENU

APA ITU CUKAI HARTA

Cukai harta adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang seperti:-

- Rumah kediaman ( rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah teres, banglo, rumah kedai dan lain-lain).
- Harta perniagaan perusahaan ( kedai, kilang, stesyen minyak, gudang, hotel, pawagam, bengkel, bangunan pejabat dan lain-lain).
- Tanah kosong.

MENGAPAKAH CUKAI HARTA DIKENAKAN?

Cukai harta dikenakan bagi membiayai:-

- Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi, pasar dan lain-lain.
- Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
- Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit dan longkang.
- Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan.
- Pembangunan kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN?

Cukai harta dikenakan dua kali setahun. Bayaran dituntut bagi:-

- Tuntutan bagi setengah tahun pertama (1 Januari - 30 Jun).
- Tuntutan bagi setengah tahun kedua (1 Julai - 31 Disember).

BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN UNTUK PEMILIK YANG TINGGAL DI LUAR PASIR GUDANG ?

Bayaran boleh dijelaskan melalui cek atau kiriman wang pos di atas nama "Majlis Perbandaran Pasir Gudang" dengan mencatatkan nama, nombor telefon, alamat surat menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Sertakan bil atau butiran mengenai harta atau lampirkan salinan resit cukai taksiran lama jika berkaitan.

Pemilik juga boleh terus ke kaunter di Majlis Perbandaran Pasir Gudang atau mana-mana cawangan Bank Islam untuk melakukan pembayaran.