MENU

Objektif

  1. Pelan setara adalah pelan-pelan lakar beserta garis panduan teknikal yang dibukukan sebagai ganti pelan bagi pembinaan kecil, perubahan dan tambahan kecil untuk permohonan ubahan tambahan rumah. Merujuk perenggan (1) Undang-Undang Kecil 18, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986.
  2. Buku pelan setara ini disediakan bagi mengawal pembinaan ubahan tambahan rumah tanpa kebenaran dan tidak mendapatkan permit dari majlis.
  3. Pelan yang disediakan telah teratur dan tidak boleh dipinda.  Pemohon perlu mengikut setiap pelan lakar yang disediakan.
  4. Dibenarkan hanya ubahan tingkat bawah sahaja bagi rumah jenis teres, berkembar, kluster dan sesebuah.
  5. Memudahkan urusan permohonan ubahan tambahan rumah dengan kos yang paling minima.
  6. Penduduk dapat menjimatkan masa dengan menggunakan perkhidmatan pelan setara yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
  7. Memudahkan dan mempercepatkan pemilik mendapatkan kelulusan pelan ubahan tambahan daripada MPPG

 

Apa itu Buku Panduan dan Pelan Setara ?

 

Diwujudkan sebagai pelan-pelan lakar yang disediakan di dalam pelan setara adalah melibatkan di bahagian tingkat bawah sahaja sambungan hadapan, sambungan belakang dan sambungan tepi bagi rumah jenis :

  1. Rumah Teres 1 @ 2 tingkat
  2. Rumah Kluster
  3. Rumah Berkembar (Semi D)
  4. Rumah Sesebuah

pelan setara

Berapa Kos Permohonan ?

Kos permohonan ubahan tambahan untuk setiap kategori rumah adalah sepertimana berikut :

 

Pembelian buku pelan setara
=
RM 50.00
Wang proses pelan
=
  • Sesebuah/banglo = RM 700.00
  • Kluster & berbandung = RM 500.00
  • Teres = RM 300.00
Permit meletak bahan binaan
=
RM 81.00
Patel
=
RM 10.00
Jumlah
=
  • Sesebuah/banglo = RM 891.00
  • Kluster & berbandung= RM 691.00
  • Teres = RM 491.00

 

Bagaimana Tatacara Permohonan ?

 

  1. Pemohon perlu hadir sendiri ke Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
  2. Pemohon memilih lakaran rekabentuk yang dikehendaki,
  3. Pemohon mengemukakan permohonan dengan dokumen yang lengkap,
  4. Pembayaran dilakukan,
  5. Kelulusan serta merta oleh Ketua Jabatan Kawalan Bangunan,
  6. Pemohon boleh meneruskan pembinaan di tapak.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Jabatan Kawalan Bangunan
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
No. Tel : 07-254 7777, 07-251 3720/21/22
No. Faks : 07-251 5260