MENU
Program Kemasyarakatan
 Program ini lebih menjurus kepada program bebas yang dikendalikan dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO yang berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Waqaf, Dana Bakti Pasir Gudang, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Kurang Bernasib Baik (Darul Hanan), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan sebagainya. Program yang diadakan adalah melibatkan program gotong-royong, kempen kesedaran, aktiviti sukan, bantuan makanan/pakaian dan sebagainya.         
 SESI BERCERITA  SESI BERTEMU DENGAN PARA PESERTA  GAMBAR KENANGAN
 GAMBAR KENANGAN BERSAMA PESERTA PROGRAM  PENGAGIHAN BARANG - BARANG KEPERLUAN  PROSES SUAI KENAL

Majlis Perbandaran Pasir Gudang merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak/agensi-agensi/NGO yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program-program yang diadakan selama ini dan berharap agar kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang demi memastikan masyarakat orang Asli serta golongan yang memerlukan terus terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 2, Menara Aqabah, Jalan Bandar
81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 07-2547777/07-2513720
Fax : 07-2515260
Emel : mppg@johor.gov.my

 

  • 1