MENU

MPPG bertanggungjawab mengawal segala bentuk perniagan dan perusahaan melalui pengeluaran kelulusan semua jenis lesen premis perniagaan/perusahaan dan iklan. Pengawalan pertumbuhan perniagaan adalah perlu untuk diselaraskan dengan dasar dan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Permohonan Lesen Premis Perniagaan / Perusahaan

CARA-CARA PERMOHONAN BARU

1. Borang permohonan lesen boleh didapati di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Pasir     Gudang dengan harga RM3.00

2. Pemohon dikehendaki mengemukakan 1 permohonan bagi 1 premis perniagaan

3. Borang hendaklah ditulis dengan dakwat biru/hitam dengan terang dan kemas.

4. Permohonan lesen yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.

5. Pemohon hendaklah hadir sendiri atau melalui wakil dengan syarat mendapat kebenaran dari pemohon       iaitu mengemukakan Suratkuasa (Authorization Letter)

    Maklumat Lanjut disini

    Untuk keterangan lanjut sila berurusan :
 

    Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Perlesenan, Bahagian Perlesenan
    Majlis Perbandaran Pasir Gudang
    Aras 15, Menara Aqabah,
    Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor

   Tel : 07-254 7777, 07-251 3720/21/22
   Faks : 07-251 5260 
   Email : mppg@johor.gov.my