MENU

Syarikat Pengangkutan Maju Sdn. Bhd.

Syarikat Pengangkutan Maju Sdn. Bhd. telah memulakan perkhidmatannya di kawasan Pasir Gudang pada 1 Mac 1987. Perkhidmatan bas ini telah dapat memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya pekerja - pekerja kilang yang bekerja di kawasan - kawasan berhampiran. Untuk menambah kemudahan yang terdapat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, sebuah perhentian teksi telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 1993 untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Pasir Gudang. Dengan adanya perkhidmatan ini, laluan Pasir Gudang ke Masai, Johor Bahru dan kawasan - kawasan lain akan lebih mudah. Orang ramai mempunyai pilihan samada untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau bas.

 

 

Hentian Bas dan Teksi

Bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna bas dan teksi, hentian bas dan teksi baru telah dibina dan mula beroperasi pada Jun 2000. Dengan terbinanya hentian bas dan teksi ini sistem pergerakan bas dan teksi yang beroperasi menjadi lebih teratur. Hentian ini juga dilengkapi tempat menunggu berbumbung dan berdekatan dengan gerai makan di Kompleks Pusat Bandar.

 

Perkhidmatan Udara

Terminal Udara KLIA
Terminal Udara Sultan Ismail, Senai, Johor 

 

Perkhidmatan Bas

Dari Kuala Lumpur ke Stesen Bas Pasir Gudang - Tambang RM 3+.++
Dari Pantai Timur ke Stesen Bas Pasir Gudang - Tambang RM 4+.++
Dari Terminal Bas Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bas Pasir Gudang - RM5.00 ++,jarak perjalanan 30 KM (45 minit)

 

Perkhidmatan Teksi

 

Dari Terminal Teksi Larkin, Johor Bahru - 38 KM ( 30 minit hingga 45 minit )
Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 11.00
Dari Stesen Teksi Pasir Gudang ke Terminal Teksi Pasir Gudang - 30 KM
Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 3.00

 

Perkhidmatan Feri

Pasir Gudang Ferry Terminal
Terminal Passenger Johor Port, Jln Feri, Lembaga Pelabuhan Johor,
 Jalan Feri, Johor, 81700 Pasir Gudang, Malaysia
Tel : 07-2544563