MENU

Kampung Pasir Putih

Kampung Pasir Putih menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin menjamu selera hidangan makanan laut dari pelbagai resipi dan masakan. Sambil menikmati pemandangan tepian Selat Tebrau dan Singapura, pengunjung bebas memilih pelbagai resipi masakan timur atau barat yang disediakan.

 

Kampung Perigi Acheh

Perkampungan ini masih menyimpan kemas pelbagai cerita dan sejarah kedatangan orang Acheh ke Tanah Melayu. Keharmonian suasana kampung, kehijauan hutan bakaunya serta keramahan penduduknya sentiasa menanti kunjungan mereka yang ingin merasai ciri-ciri tradisional dan budaya masyarakat Melayu yang masih kekal hingga ke hari ini.

 

  

 

Kampung Tanjung Langsat

Sebuah lagi perkampungan tradisional yang masih terdapat di Pasir Gudang. Kampung Tanjung Langsat menjadi lokasi pilihan bagi mereka yang ingin menjamu selera hidangan makanan laut. Terletak di muara Sungai Johor, ianya juga menjadi tumpuan para pemancing yang ingin memburu siakap, kerapu atau pari sama ada di kelong, jeti atau dengan menyewa bot yang disediakan.