MENU

 

Pasir Layar (Beach For Sailors)

Lokasi tetap bagi penganjuran Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor bermula pada tahun 2003 dengan menghimpunkan lebih daripada 100 orang pelayar dari dalam dan luar negara. Pada tahun 2006, pantai buatan ini telah dinamakan sebagai ‘Pasir Layar’ oleh Presiden Persatuan Pelayaran Johor / Malaysia iaitu YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim yang merujuk pantai tersebut sebagai lokasi bagi semua aktiviti pelayaran di Pasir Gudang dan negeri Johor (Beach for Sailors).

 

Chalet Terapung Selat Mendana

Siapa sangka rumah rakit bagi ternakan ikan sangkar yang hampir dijual gara-gara tidak dijaga dengan baik kini ber­ubah wajah menjadi sebuah calet terapung.

Terletak di Selat Mendana, Calet Terapung Kong Kong yang terletak tidak jauh dari pesisiran Kampung Sungai Latoh, Masai di sini kini menjadi produk terbaharu ekopelancongan di kawasan berkenaan.

 

Sambil bermalam di calet, pengunjung boleh menyaksikan ke­indahan dan kehi­dupan penduduk di be­berapa kampung tradisional, antaranya Kampung Teluk Sengat, Kampung Johor Lama dan Kampung Rinting, selain Kampung Sungai Latoh.

Chalet Terapung Selat Mendana
PTD 4872 Jalan Utama
Kong Kong, 81750 Masai, Johor
No Tel : 012-7065615 (Puan Latifah ) / 013-4806300 (En Herry /Que)