MENU

 

Bukit Layang-Layang

Lokasi ini menjadi tumpuan penduduk Pasir Gudang untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan beriadah. Terletak di tengah-tengah kesibukan warga industri di Pasir Gudang, ianya juga menjadi medan pertemuan pelayang-pelayang dari seluruh dunia ketika Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang yang dianjurkan pada setiap tahun.

 

 

Muzium Layang-Layang

Satu-satunya muzium seumpamanya di negara ini yang mempamerkan koleksi pelbagai jenis layang-layang tradisional dan moden dari dalam dan luar negara. Muzium yang dibuka pada tahun 2002 ini juga turut menceritakan sejarah permainan tradisional rakyat tersebut.

 

Masjid Jamek Pasir Gudang

Masjid yang mula digunakan pada tahun 1989 ini menjadi sejarah apabila beberapa kali memenangi anugerah Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid. Kombinasi senibina Islam dan lanskap buatan manusia menjadi mercu tanda di tengah-tengah kepesatan pembangunan Pasir Gudang. Ianya juga dijadikan sebagai lokasi bagi penganjuran beberapa aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul serta Majlis Perkahwinan Beramai-ramai di Pasir Gudang.