MENU

APA ITU GST?

 

UNTUK MEMAHAMI GST - APA YANG PERLU ANDA TAHU?
GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Perancis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan GST. di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

KENAPA GST DIPERKENALKAN?
Ia merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan CJP. Antara faedah GST adalah :-

MENGURANGKAN KOS PERNIAGAAN
Di bawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun dengan GST, peniaga dapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.

MENINGKATKAN PEMATUHAN
CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.

MENGURANGKAN KARENAH BIROKRASI
Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.

MEMBERI KESAKSAMAAN
kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

MENJADIKAN HARGA LEBIH BERPATUTAN KEPADA PENGGUNA
GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

MENJAMIN KETELUSAN
GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

KADAR DAN THRESHOLD GST
Kadar GST : 6%
Threshold GST : RM 500,000.00
Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM 500,000.00 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan

JENIS BARANG / PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST
Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya seperti :-
a) Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak
b) Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
c) Jual beli tanah pertanian
d) Pendidikan
e) Pengangkutan awam
f) Perkhidmatan kesihatan

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :-
1300-888-500
03-88822111
www.gst.customs.gov.my
Emel : gst@customs.gov.my   Faks : 03-78067599