MENU

Merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan mendapat kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.      

           Dengan keunikannya yang tersendiri festival ini sentiasa mendapat  tempat dihati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa di seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti  masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor, Malaysia Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

ACARA ACARA MENARIK
 
o Persembahan layang-layang moden besar kecil penuh warna warni oleh peserta antarabangsa
o Persembahan layang-layang tradisi Malaysia besar kecil oleh peserta kebangsaan.
o Persembahan layang-layang besar oleh Persatuan Pelayang Johor.
o Pertandingan layang-layang rokkaku.
o Bengkel layang-layang awam oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
o Pertunjukan layang-layang stunt kite dan revolution oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
o Pertunjukan Lollypop Drop.
o Persembahan Mlam Kebudayaan.
o Sambutan Ulangtahun ke-10 Muzium Layang-layang Pasir Gudang.
o Gerai-gerai jualan.

MUAT TURUN

atur_cara_festival_layang_-layang_sedunia_pasir_gudang_2017_.pdf

hebahan_pertandingan_wau_layang-layang_peringkat_sekolah_sempena_.pdf

 

SEKRETARIAT FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG
Majlis Perbandaraan Pasir Gudang,
Tingkat 19, Manara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia
Tel : 07-2457777 Fax: 07-2515260
Email : mppg@johor.gov.my www.mppg.gov.my