MENU

POLISI ALAM SEKITAR MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang bertanggungjawab melindungi alam sekitar dengan memastikan aktiviti-aktivitinya dan aktiviti-aktiviti lain dalam kawasan pentadbirannya dengan mengutamakan aspek-aspek alam sekitar serta mesra alam melalui Pengurusan Cemerlang, Perkhidmatan Gemilang bagi menjadikan Pasir Gudang Bersih, Indah dan Selesa untuk didiami.

 

Selaras dengan Visi dan Misi MPPG, Pengurusan atasan kami akan memastikan sumber yang mencukupi bagi pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar dan aktiviti melindungi alam sekitar.

 

MPPG akan melaksanakan semua aktiviti di semua peringkat dengan mengambil kira komitmen-komitmen berikut:

 

  • Komitmen untuk melindungi alam sekitar di kawasan pentadbiran MPPG
  • Komitmen untuk mencegah pencemaran melalui penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Alam sekitar
  • Komitmen kewajiban memenuhi kepatuhan undang-undang alam sekitar & pihak -pihak berkepentingan
  • Komitmen peningkatan dan keberkesanan berterusan sistem pengurusan alam sekitar & prestasi alam sekitar

Untuk menyokong komitmen-komitmen di atas, MPPG akan memastikan kemahiran dan pengetahuan anggota kerja meningkat melalui pendedahan serta latihan yang berterusan & menjalin kerjasama dengan pengilang, badan NGO, pemaju-pemaju hartanah, pelabur, penduduk Pasir Gudang & lain-lain pihak berkepentingan bagi memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang Bersih, Indah dan Selesa didiami.