MENU

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan beriltizam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem pengurusan bagi mencapai objektif kualiti berdasarkan perkara-perkara berikut :-

  • Menguruskan alam sekitar dengan berkesan dan dinamik.
  • Memastikan masyarakat mendapat manfaat melalui aktiviti dan projek pembangunan yang dijalankan.
  • Menekankan pembangunan yang holistic berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
  • Mengetengahkan masyarakat Bumiputera yang berpotensi sebagai usahawan berjaya.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pekerja melalui latihan yang berterusan.
  • Mempertingkatkan kerjasama dengan masyarakat bagi memperkasa komuniti.