MENU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Muafakat Johor.

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah rahmat dan kurnianya dapat kita bersama-sama terus menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam mengurus dan mentadbir Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kearah merealisasikan Visi untuk menjadikan Pasir Gudang Bandar Industri Sejahtera Tersohor.

Bagi saya yang mula memikul amanah dan tanggungjawab di MPPG sejak 3 Julai 2016 yang lalu percaya dan merasa yakin bahawa setiap pertukaran yang berlaku dalam pentadbiran negeri Johor adalah bertujuan bagi memantapkan lagi dan memberikan suntikan baharu terhadap sesebuah kawasan supaya agenda pembangunan dapat diteruskan. Malah memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri adalah satu perkara yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin lebih-lebih lagi ianya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan ini yang dijuga dikenali sebagai pihak kerajaan peringkat ke-3 yang begitu hampir dengan denyut nadi rakyat selain diperingkat persekutuan dan negeri.

Sekiranya diawal tahun MPPG dikatakan bukan sahaja telah berhadapan dan keluar daripada kepompong yang penuh dengan pelbagai cabaran getir, namun berjaya diakhirnya mencapai penganugerahan dan pengiktirafan yang amat besar dalam pelbagai pekara. Saya merasa yakin bahawa kejayaan tersebut hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat turut bersama-sama dengan MPPG mengembeling idea dan tenaga didalam melaksanakan agenda dan transformasi negara. Didalam hal ini selain mengamalkan nilai-nilai murni maka nilai keamanan, harmoni dan kesejahteraan juga dilihat amat penting untuk dihargai kerana dengan penerapan kearah nilai ini sahaja yang mampu memberi kesedaran untuk sama-sama kita kembali merapatkan saf bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai bangsa, kaum dan agama supaya sesuatu penempatan itu terus berkekalan maju ke hadapan.

Apa yang saya harapkan seterusnya ialah supaya seluruh warga kerja MPPG dapat berkhidmat secara satu pasukan yang sentiasa memperkasakan nilai integriti dan terus istiqamah melipatgandakan prestasi dalam menggalas tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh komited serta dedikasi agar visi dan misi yang telah dirancang tercapai.

Mudah-mudahan suatu hari nanti Pasir Gudang akan bertambah maju bukan sahaja sebagai Bandar Industri terbesar di selatan tanah air malah menjadi sebuah kawasan pembangunan yang komprehensif serba lengkap dari sudut fizikal dan kerohaniannya malah yang mana akhirnya setiap warga Pasir Gudang itu mempunyai perasaan memiliki (Sense of Belonging) yang hebat dengan menjadikan “Pasir Gudang Milik Kita” iaitu milik bersama anggota MPPG dan orang ramai.

Akhir kata, marilah kita semua bersama-sama berganding bahu mengharungi baki tahun 2016 yang mendatang ini dengan tekad dan iltizam serta semangat yang sentiasa segar dan bertenaga dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di bawah pentadbiran MPPG.

 Sekian, terima kasih.

 

“GEMILANG, LESTARI, SEJAHTERA”

“PASIR GUDANG MILIK KITA”

 

HASRIN KAMAL BIN HASHIM

Yang Dipertua